Sunday, April 17, 2011

TENTANG MAZHAB

ak pm xtaw n x bpe ykin tntng ni,,skdar mncri fkta y tept,,,tp lbih bek laa bertnya kpd y lbeh arif,,,bkn nk brckp tntng agma tp d sbb kn bnda ni perlu tuk ak bckp mka ak cbe laa,,,ini smau d sbb kn blku pslshan fm ak n kwn2,,kta nye doa qunut xpe law xbce,,ak stju,,tp klu kte bce ape slh nye,,,???dan ak  pcye stiap ayt or doa y d trun kn NYA ad khasiat nye y trsndri,,mka ak truskn mbce doa qunt smse solat subuh,,,okehhh!!!!
1) Bolehkah kita mencampurkan beberapa mazhab dalam amalan, misalnya wuduk ikut Hanafi, sembahyang ikut Syafie (campur mazhab)?
2) Bilakah boleh taklid (ikut) kepada mazhab lain, selain mazhab yang kita pegang, adakah hanya bila ada keperluan atau darurat sahaja?
3) Adakah kena tahu semua dalam mazhab itu (selain dari mazhab kita) baru boleh taklid (ikut)?
4) Perlukah dilafaz taklid?
Jawapan:-
1) Bolehkah kita mencampurkan beberapa mazhab dalam amalan, misalnya wuduk ikut Hanafi, sembahyang ikut Syafie (campur mazhab)?
Ulama mazhab Syafie kata:-
Kalau seseorang sembahyang mengikut mazhab lain yang mudawwanah (yang sempurna susunan hukumnya), yang muktabar (iaitu 4 mazhab yang besar), sahlah sembahyang sekalipun dia tidak taklid (ikut) kepada mazhab yang dia buat.
Boleh pakai semua mazhab dan “pergi mari”(ulang alik kesana kemari) antara 4 mazhab, seperti gerabak keretapi, boleh ke mana-mana gerabak.
Adanya 4 mazhab itu satu rahmat Allah dan kemudahan bagi umat Islam. Tidak sah dalam satu mazhab ada masanya sah dalam mazhab yang lain. Jadi kita masih selamat selagi sah pada salah satu dari mazhab.
Sebagai contoh:
Kalau nak ikut betul-betul Syafie, sembahyang kena menghadap tapak kiblat. Misalnya kalau Malaysia di atas, Mekah di bawah (bayangkan bumi bulat), maka masjid kena korek tanahlah (buat bawah tanah) untuk betul-betul menghadap kiblat. Jadi kita ikut kiblat mazhab Hanafi yang mengatakan kiblat itu dari tapak sampai ke langit Baitullah.
2) Bilakah boleh taklid (ikut) kepada mazhab lain, selain mazhab yang kita pegang, adakah hanya bila ada keperluan atau darurat sahaja?
- bila ada keperluan
- sebelum ada keperluan
- darurat
Dalam mazhab Syafie semuanya dibolehkan.
3) Adakah kena tahu semua dalam mazhab itu (selain dari mazhab kita) baru boleh taklid (ikut)?
- Mazhab kita sendiri pun kita tidak tahu dari A sampai Z. Kenapa kita yang tidak tahu mazhab sendiri sepenuhnya pun boleh taklid kepada mazhab kita.
4) Perlukah dilafaz taklid?
-tidak, seperti di jelaskan. “ Kalau seseorang sembahyang mengikut mazhab lain yang mudawwanah, yang muktabar (yang sempurna susunan hukumnya – 4 mazhab), sahlah sembahyang sekalipun dia tidak taklid kepada mazhab yang dia buat.
Tidak ada orang yang sembahyang “pure” 100% ikut mazhabnya. Kalau nak ikut mazhab Syafie betul-betul:-
- lepas takbir, tangan kena lurus ke bawah sebelum diletakkan di dada/pusat.
- bila imam dah turun sujud baru makmum boleh turun. Kebanyakan kita tidak tunggu sampai imam turun sepenuhnya, namun masih sah mengikut mazhab Hanafi.
- bacaan Fatihah dan Tahiyyat kena betul ikut makhrajnya. Mungkin susah bagi sesetengah orang awam. Tapi bagi mazhab Hanafi bacaan sah selagi tidak berubah maknanya.
Apapun, yang pentingnya buat.(iaitu sembahyang). Semua mazhab terutamanya 4 mazhab yang muktabar sudah mantap, boleh diikuti dan tidak boleh diubah hukumnya.

2 comments:

  1. assalamualaikum.. kalau boleh tahu dimana rujukannya..syukran

    ReplyDelete
  2. wslm,,maaf ler,,,ak pn xtaw,,ak juz mngkaji dlm internet jew ni,,kn dia permulaan ayt da bg taw yang ak pn jahil tntg agma,,klu ad pndpt y lbh baek hlur kn ler,,open k??tq...

    ReplyDelete